Laman Utama   Pengetahuan  Malaysia  Percukaian Malaysia  Penukaran Premis Pejabat kepada Rumah Kediaman di Malaysia 

PENGETAHUAN

KONGSI

Penukaran Premis Pejabat kepada Rumah Kediaman di Malaysia

Conversion of office premise to residential house in Malaysia

Kerajaan telah mewartakan Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Potongan bagi Perbelanjaan Berhubung dengan Kos Pengubahsuaian dan Penukaran Premis Pejabat kepada Rumah Kediaman) 2026 [P.U.(A) 370/2026] (selepas ini dirujuk sebagai “Kaedah-Kaedah tersebut”) pada 27 Oktober 2026. Kaedah-Kaedah tersebut berkuat kuasa mulai tahun taksiran (“TT”) 2026 dan membenarkan potongan bagi perbelanjaan layak yang ditanggung untuk menukar premis pejabat yang tidak lagi digunakan kepada rumah kediaman yang disewakan.

  1. Tafsiran

    Kaedah-Kaedah tersebut terpakai bagi kos perbelanjaan untuk pengubahsuaian dan penukaran suatu premis pejabat kepada rumah kediaman. Hanya perbelanjaan yang ditanggung bagi tujuan yang berikut dilindungi:
    (1)
    Kelengkapan dan lekapan;
    (2)
    Lantai;
    (3)
    Pemasangan elektrik am;
    (4)
    Penutup dinding (termasuk kerja mengecat);
    (5)
    Penyekat tetap;
    (6)
    Pintu, tingkap, gril dan bidai;
    (7)
    Siling palsu dan birai hias;
    (8)
    Sistem air;
    (9)
    Sistem gas; dan
    (10)
    Sistem penghawa dingin.

    Kos pengubahsuaian dan penukaran tidak termasuk kos yang berikut, yang disahkan oleh juruaudit luar:
    (1)
    Fi pereka;
    (2)
    Fi profesional; dan
    (3)
    Pembelian antik (pembelian suatu objek atau karya seni yang mewakili era masyarakat terdahulu, merupakan barang yang dikumpul disebabkan oleh usianya, jarang didapati, ketukangan atau ciri-ciri uniknya yang lain dan nilainya meningkat dengan peredaran masa).

  2. Premis Pejabat yang Layak

    Potongan hanya boleh diberikan bagi premis pejabat yang memenuhi keperluan yang berikut:

    (1)
    premis tersebut telah digunakan untuk aktiviti pentadbiran dan pengurusan pejabat bagi tempoh melebihi sepuluh tahun dan tidak lagi digunakan; dan
    (2)
    premis tersebut tidak termasuk rumah kedai.

  3. Potongan

    Suatu potongan dibenarkan dalam menentukan pendapatan larasan seseorang yang bermastautin di Malaysia daripada perniagaannya di Malaysia dalam suatu tempoh asas bagi suatu TT. Amaun potongan tersebut adalah sama dengan 10% daripada kos pengubahsuaian dan penukaran yang ditanggung oleh orang itu bermula 1 Januari 2026 hingga 31 Disember 2027.

    Jumlah potongan yang dibenarkan tidak boleh melebihi RM10,000,000.

  4. Syarat bagi Potongan

    Seseorang yang menuntut potongan hendaklah memenuhi semua syarat yang berikut:
    (1)
    pelan pembangunan rumah kediaman telah diluluskan oleh pihak berkuasa tempatan;
    (2)
    rumah kediaman digunakan secara eksklusif untuk kediaman manusia dan tidak termasuk premis yang sebahagiannya digunakan untuk aktiviti pentadbiran dan pengurusan pejabat; dan
    (3)
    rumah kediaman disewakan selepas pengubahsuaian dan penukaran dilaksanakan.

  5. Ketakpakaian

    Kaedah-Kaedah tersebut tidak terpakai kepada seseorang yang telah membuat tuntutan berhubung dengan kos pengubahsuaian dan penukaran premis pejabat di bawah:
    (1)
    mana-mana perbelanjaan yang dibenarkan di bawah subseksyen 33(1) Akta Cukai Pendapatan 1967 (selepas ini dirujuk sebagai “Akta”);
    (2)
    mana-mana elaun modal di bawah Jadual 2 Akta; atau
    (3)
    mana-mana elaun modal di bawah Jadual 3 Akta.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia di https://www.hasil.gov.my/en

Kumpulan KAIZEN, bersama-sama dengan firma sekutunya di Malaysia, bersedia membantu pelanggan untuk melaksanakan segala urusan pematuhan ini bagi memastikan syarikat Malaysia anda sentiasa berada dalam status kedudukan yang baik (good standing). Sila hubungi dan berbincang dengan akauntan profesional kani di Kaizen untuk penjelasan lanjut.

Penafian

Segala maklumat dalam artikel ini adalah untuk tujuan perkongsian maklumat sahaja dan bukan merupakan nasihat profesional. Kaizen tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang timbul daripada penggunaan maklumat tersebut.

Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat lanjut atau bantuan, sila layari laman web rasmi Kaizen CPA Limited di www.kaizencpa.com atau hubungi kami melalui saluran berikut untuk bercakap dengan para professional kami:

E-mel: info@kaizencpa.com
Tel: +852 2341 1444
Telefon bimbit: +852 5616 4140, +86 152 1943 4614
WhatsApp/Line/WeChat: +852 5616 4140
Skype: kaizencpa

Muat turun: Penukaran Premis Pejabat kepada Rumah Kediaman di Malaysia [PDF]

Bahasa

English

繁體中文

日本語

CHINA

Tutup