Kerajaan telah mewartakan Perintah Cukai Pendapatan (Pendapatan Dividen Yang Diterima di Malaysia dari Luar Malaysia) (Pengecualian) 2026 [P.U.(A) 367/2026] pada 22 Oktober 2026. Perintah ini mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2027 dan kekal berkuat kuasa sehingga 31 Disember 2030.
-
Perintah Yang Diwartakan Sebelum Ini
Pengecualian ini sebelum ini diberikan di bawah Perintah Cukai Pendapatan (Pengecualian) (No. 6) 2022 [P.U.(A) 235/2022], yang diwartakan pada 19 Julai 2022 dan terpakai bermula 1 Januari 2022 hingga 31 Disember 2026. Perintah ini dipinda melalui P.U.(A) 157/2024, yang diwartakan pada 12 Jun 2024, yang memperluas pengecualian kepada entiti Labuan yang layak dan menyatakan semula syarat kelayakan sebagai syarat alternatif, berkuat kuasa mulai 1 Januari 2022.
Perintah baharu ini melanjutkan pengecualian itu selama empat tahun lagi, iaitu dari 1 Januari 2027 hingga 31 Disember 2030, dan memperluas orang yang layak untuk merangkumi koperasi dan badan amanah.
-
Orang Yang Layak
Untuk layak mendapat pengecualian ini, seseorang mestilah bermastautin di Malaysia dan menerima pendapatan dividen yang terbit dari luar Malaysia yang dibawa masuk ke Malaysia. Orang itu mestilah salah satu daripada yang berikut:
(1)
|
seorang individu yang menerima pendapatan dividen berhubung dengan perniagaan perkongsian di Malaysia;
|
(2)
|
perkongsian liabiliti terhad yang didaftarkan di bawah Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012;
|
(3)
|
syarikat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016;
|
(4)
|
entiti Labuan yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat Labuan 1990 dan telah membuat pilihan di bawah seksyen 3A Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990 untuk dikenakan cukai di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 (“Akta”);
|
(5)
|
koperasi; atau
|
(6)
|
badan amanah.
|
Pengecualian ini tidak terpakai kepada orang yang menjalankan perniagaan perbankan, insurans atau pengangkutan laut atau udara.
-
Syarat Kelayakan
Orang yang layak hendaklah mematuhi syarat yang dikenakan oleh Menteri sebagaimana yang dinyatakan dalam garis panduan yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri di bawah seksyen 134A Akta. Orang itu hendaklah memenuhi mana-mana satu daripada syarat berikut:
(1)
|
pendapatan dividen luar negara itu telah:
(a) tertakluk kepada cukai yang sama sifatnya dengan cukai pendapatan di negara asal; dan
(b) tertakluk kepada cukai pada kadar tidak kurang daripada 15%;
|
atau
|
(2)
|
orang yang layak itu memenuhi keperluan substans ekonomi dengan:
(a) mengambil bekerja bilangan pekerja yang mencukupi di Malaysia; dan
(b) menanggung jumlah perbelanjaan operasi yang mencukupi di Malaysia.
|
-
Layanan Cukai dan Kewajipan Pematuhan
Dalam menentukan pendapatan yang boleh dikenakan cukai bagi orang yang layak, apa-apa potongan berhubung dengan pendapatan yang dikecualikan tidak diambil kira. Selain itu, orang yang layak itu masih dikehendaki mengemukakan borang nyata, penyata akaun atau maklumat lain di bawah Akta.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia di
https://www.hasil.gov.my/en
Kumpulan KAIZEN, bersama-sama dengan firma sekutunya di Malaysia, bersedia membantu pelanggan untuk melaksanakan segala urusan pematuhan ini bagi memastikan syarikat Malaysia anda sentiasa berada dalam status kedudukan yang baik (good standing). Sila hubungi dan berbincang dengan akauntan profesional kani di Kaizen untuk penjelasan lanjut.