Laman Utama   Pengetahuan  Malaysia  Percukaian Malaysia  Percukaian Agihan Keuntungan PLT Di Malaysia 

PENGETAHUAN

KONGSI

Percukaian Agihan Keuntungan PLT Di Malaysia

Percukaian Agihan Keuntungan PLT Di Malaysia

Berikutan pengenalan Bahagian XXIII Jadual 1 kepada Akta Cukai Pendapatan 1967 (selepas ini dirujuk sebagai "Akta") menerusi Akta Kewangan 2025, Menteri Kewangan telah mewartakan Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Penentuan Pendapatan Kena Cukai Individu Berkenaan Dengan Keuntungan Perkongsian Liabiliti Terhad) 2026 [P.U.(A) 278/2026].

Kaedah-Kaedah ini menetapkan formula berkanun bagi membahagikan pendapatan bercukai seseorang pekongsi individu antara bahagian yang boleh dihubungkaitkan dengan agihan keuntungan daripada Perkongsian Liabiliti Terhad (selepas ini dirujuk sebagai "PLT") dan baki pendapatan bercukai. Kaedah-Kaedah ini berkuat kuasa bagi tahun taksiran 2026 dan tahun-tahun taksiran yang berikutnya.

  1. Pemakaian

    Mekanisme pembahagian ini terpakai kepada pekongsi individu yang bermastautin atau tidak bermastautin di Malaysia dan yang, dalam tempoh asas bagi sesuatu tahun taksiran:

    (1)
    Menerima agihan keuntungan yang terbit dari Malaysia, yang dibayar, dikreditkan, atau diagihkan sama ada dalam bentuk tunai atau barangan, daripada PLT.
    (2)
    Menerima jumlah agihan keuntungan daripada PLT melebihi RM100,000 dalam tempoh asas tersebut.

  2. Formula Pengiraan

    Bagi pekongsi individu yang layak, pendapatan bercukai yang boleh dihubungkaitkan dengan agihan keuntungan PLT dikira menggunakan formula:

    Pendapatan bercukai yang boleh dihubungkaitkan dengan keuntungan PLT = A/B  × C

    Di mana:

    Perkara

    Definisi

    A

    Pendapatan berkanun berkenaan dengan keuntungan PLT dalam tempoh asas bagi tahun taksiran tersebut, mengikut Seksyen 54C Akta.

    B

    Pendapatan agregat dalam tempoh asas bagi tahun taksiran tersebut.

    C

    Pendapatan bercukai dalam tempoh asas bagi tahun taksiran tersebut yang tertakluk kepada cukai sebagaimana yang dinyatakan dalam Perenggan 1 Bahagian I (bagi individu bermastautin) atau Perenggan 1A Bahagian I (bagi individu tidak bermastautin) dan Bahagian XXIII Jadual 1 Akta.


    Sekiranya individu ditaksir secara bersama dengan pasangan di bawah subseksyen 45(2) Akta, "pendapatan agregat" (B) hendaklah merupakan pendapatan agregat gabungan kedua-dua pasangan.

  3. Layanan Cukai dan Kadar yang Terpakai

    Sebaik sahaja dibahagikan, bahagian pendapatan bercukai daripada keuntungan PLT dikenakan cukai pada kadar rata 2% seperti yang ditetapkan di bawah Bahagian XXIII Jadual 1 Akta.

    Baki pendapatan bercukai individu tersebut kekal tertakluk kepada cukai pada kadar:

    (1)
    Bagi individu bermastautin, kadar cukai berperingkat di bawah Perenggan 1 Bahagian I Jadual 1 Akta; atau
    (2)
    Bagi individu tidak bermastautin, kadar rata 30% di bawah Perenggan 1A Bahagian I Jadual 1 Akta.

    Secara praktikalnya, kadar konsesi 2% hanya terpakai kepada pendapatan PLT yang telah dibahagikan, manakala semua pendapatan bercukai lain mengekalkan layanan cukai standardnya.

  4. Contoh Ilustrasi

    Liang ialah seorang individu bermastautin cukai di Malaysia dan merupakan pekongsi dalam sebuah PLT yang bermastautin di Malaysia. Bagi Tahun Taksiran 2026, beliau menerima RM180,000 dalam bentuk agihan keuntungan daripada PLT dan RM90,000 pendapatan bercukai lain. Liang akan menuntut jumlah pelepasan cukai sebanyak RM27,000 sebelum memperoleh jumlah pendapatan bercukainya.

    Langkah 1

    Tentukan A, B dan C

    A (pendapatan berkanun daripada PLT) = RM80,000 (bahagian yang melebihi ambang RM100,000)

    B (pendapatan agregat) = RM80,000 + RM90,000 = RM170,000

    C (pendapatan bercukai) = RM170,000 – RM27,000 = RM143,000

    Langkah 2

    Pembahagian pendapatan bercukai

    Bahagian pendapatan bercukai PLT = 80,000170,000 × 143,000 = RM67,294

    Bahagian pendapatan bercukai lain = RM143,000 – RM67,294 = RM75,706

    Langkah 3

    Kenakan kadar cukai yang terpakai

    Pendapatan bercukai PLT = RM67,294 × 2% = RM1,345.88

    Pendapatan bercukai lain = (bagi RM70,000 pertama) RM3,700 + (bagi baki RM5,706) (RM5,706 × 19%) = RM3,700 + RM1,084.14 = RM4,784.14

    Jumlah cukai kena dibayar = RM1,345.88 + RM4,784.14 = RM6,130.02.


Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia di https://www.hasil.gov.my/en

Kumpulan KAIZEN, bersama-sama dengan firma sekutunya di Malaysia, bersedia membantu pelanggan untuk melaksanakan segala urusan pematuhan ini bagi memastikan syarikat Malaysia anda sentiasa berada dalam status kedudukan yang baik (good standing). Sila hubungi dan berbincang dengan akauntan profesional kani di Kaizen untuk penjelasan lanjut.

Penafian

Segala maklumat dalam artikel ini adalah untuk tujuan perkongsian maklumat sahaja dan bukan merupakan nasihat profesional. Kaizen tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang timbul daripada penggunaan maklumat tersebut.

Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat lanjut atau bantuan, sila layari laman web rasmi Kaizen CPA Limited di www.kaizencpa.com atau hubungi kami melalui saluran berikut untuk bercakap dengan para professional kami:

E-mel: info@kaizencpa.com
Tel: +852 2341 1444
Telefon bimbit: +852 5616 4140, +86 152 1943 4614
WhatsApp/Line/WeChat: +852 5616 4140
Skype: kaizencpa

Muat turun: Percukaian Agihan Keuntungan PLT Di Malaysia [PDF]

Bahasa

English

繁體中文

日本語

CHINA

Tutup