Laman Utama   Soalan Lazim  Perkhidmatan Korporat  Malaysia  Soal Jawab Penyelenggaraan Cawangan Syarikat Asing di Malaysia 

SOALAN LAZIM

KONGSI

Perkhidmatan Korporat - Malaysia

Soalan

Soal Jawab Penyelenggaraan Cawangan Syarikat Asing di Malaysia

Jawapan
S:
Cawangan syarikat asing perlu memfailkan penyata tahunan dan penyata kewangan?
J:
Ya wajib. Menurut Seksyen 575 dan 576 Akta Syarikat 2016, Penyata Tahunan cawangan syarikat asing kena hantar dalam tempoh 30 hari dari tarikh ulang tahun pendaftaran. Penyata Tahunan tersebut hendaklah mengandungi, antara lain, alamat pejabat berdaftar, alamat tempat perniagaan (termasuk alamat cawangan), serta maklumat lain yang ditetapkan.

Penyata kewangan syarikat induk pula perlu diserahkan dalam tempoh 2 bulan selepas Mesyuarat Agung Tahunan (“MAT”) syarikat induk diadakan. Jika syarikat induk tidak perlu mengadakan MAT di bawah undang-undang negara tempat ia diperbadankan, penyata kewangan kena hantar ikut tempoh sama seperti sebuah syarikat awam di Malaysia.

S: Adakah cawangan syarikat asing perlu melantik setiausaha syarikat?
J:
Tiada peruntukan di bawah Akta Syarikat 2016 (“Akta”) yang mewajibkan sesebuah cawangan syarikat asing melantik setiausaha syarikat. Namun, Seksyen 563 mangatakan bahawa cawangan syarikat asing perlu melantik seorang ejen di Malaysia yang bertanggungjawab untuk memastikan pematuhan cawangan syarikat asing terhadap peruntukan-peruntukan Akta.

S: Adakah cawangan syarikat asing perlu memaklumkan SSM perubahan syarikat induk?
J:
Ya, kena maklumkan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (“SSM”). Menurut Seksyen 567(1), cawangan syarikat asing perlu memaklumkan kepada SSM apa-apa perubahan diperingkat syarikat induk, seperti perlembagaan syarikat, pengarah, ejen, atau maklumat lain. Maklumat terkini syarikat induk perlu dikemukakan kepada SSM dalam tempoh 14 hari dari tarikh perubahan.

S: Bolehkah cawangan syarikat asing ditukar menjadi Sdn. Bhd.?
J:
Akta Syarikat 2016 (“Akta”) tidak mengandungi peruntukan tentang penukaran cawangan syarikat asing kepada sebuah syarikat sendirian berhad (Sdn. Bhd.).

Sekiranya cawangan syarikat asing ingin menjalankan perniagaan menerusi sebuah syarikat yang diperbadankan di Malaysia, ia mesti terlebih dahulu memperbadankan Sdn. Bhd. yang baharu. Setelah diperbadankan, cawangan syarikat asing boleh memindahkan perniagaan, aset, liability (jika ada), dan operasi kepada syarikat baru.

Sebaik sahaja cawangan syarikat asing berhenti menjalankan perniagaan di Malaysia, ia dikehendaki mengemukakan borang yang ditetapkan kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia untuk memaklumkan pemberhentian tempat perniagaannya dan meneruskan pembatalan pendaftaran pejabat cawangan mengikut Akta.

S: Adakah pendaftaran cukai dan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) diperlukan untuk cawangan syarikat asing?
J:
Pendaftaran SST bergantung pada jenis perniagaan yang dijalankan oleh pejabat cawangan. Jika pejabat cawangan menyediakan barangan atau perkhidmatan yang boleh dikenakan cukai, seperti perkhidmatan profesional dan perundingan atau perkhidmatan makanan dan minuman, dan perolehan cukainya melebihi ambang pendaftaran yang ditetapkan, ia dikehendaki mendaftar untuk SST.

Di samping itu, memandangkan pejabat cawangan menjalankan perniagaan di Malaysia, ia dikehendaki mendaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia dan mematuhi semua obligasi cukai Malaysia yang berkenaan, termasuk pemfailan dan pembayaran cukai mengikut undang-undang cukai Malaysia.

Bahasa

English

繁體中文

日本語

CHINA

Tutup