Laman Utama
Soalan Lazim
Perkhidmatan Korporat
Malaysia
Peranan & Tanggungjawab Setiausaha Syarikat di Malaysia
Peranan & Tanggungjawab Setiausaha Syarikat di Malaysia
| S: |
Apakah tugas utama setiausaha syarikat? |
| J: |
Fokus utama mereka adalah memastikan syarikat tidak melanggar peruntukan Akta Syarikat 2016 (“Akta”) atau peraturan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (“SSM”). Kerja harian biasanya melibatkan penyediaan dokumen resolusi, menyelenggara rekod rasmi, dan memastikan penyata tahunan serta laporan kewangan dihantar mengikut jadual. Mereka juga menjadi tempat rujukan lembaga pengarah bagi hal tadbir urus syarikat. |
| S: |
Adakah setiausaha syarikat terlibat dalam urusan operasi harian? |
| J: |
Tidak, tanggungjawab setiausaha syarikat tidak merangkumi pengurusan operasi harian. Segala urusan perniagaan dan pentadbiran dijalankan oleh Pengarah syarikat. Setiausaha syarikat hanya tertumpu pada aspek pematuhan undang-undang dan pengemaskinian fail rasmi. |
| S: |
Apakah rekod yang disimpan oleh setiausaha syarikat? |
| J: |
Antara rekod penting yang disimpan di bawah jagaan setiausaha syarikat merangkumi:
Rekod di atas tidak lengkap dan mungkin berbeza-beza bergantung pada aktiviti, struktur dan keperluan berkanun syarikat yang berkenaan. |
| S: |
Apakah kesan jika setiasusaha syarikat mengabaikan tugas mereka? |
| J: |
Gagal menjalankan kewajipan boleh membawa kepada tindakan undang-undang di bawah Akta, termasuk denda SSM, penggantungan sijil amalan, hilang kelayakan jawatan, atau penjara untuk kes berat. Pengarah juga berhak untuk memecat setiausaha syarikat daripada jawatan tersebut mengikut Seksyen 239 Akta. |
| S: |
Adakah setiausaha syarikat mempunyai kuasa menandatangani dokumen bagi pihak syarikat? |
| J: |
Ya, setiausaha syarikat boleh menandatangani dokumen tertentu jika dibenarkan oleh Akta, perlembagaan syarikat, resolusi pengarah, atau surat kuasa sah. |

