Laman Utama
Soalan Lazim
Perkhidmatan Korporat
Malaysia
Keperluan Khusus Syarikat Berhad Menurut Jaminan di Malaysia
Keperluan Khusus Syarikat Berhad Menurut Jaminan di Malaysia
| S: |
Bolehkah Syarikat Berhad Menurut Jaminan (“CLBG”) memperoleh, memegang atau memiliki tanah di Malaysia? |
| J: |
Tidak secara automatik. Menerusi Seksyen 45(4) Akta Syarikat 2016, apa-apa perolehan, pemegangan, atau pemilikan tanah oleh CLBG perlu mendapat kelulusan rasmi daripada Menteri terlebih dahulu sebelum transaksi boleh dibuat. Permohonan untuk mendapatkan kelulusan Menteri boleh dibuat melalui Corporate Registry System (“CRS”), dengan bayaran fi yang ditetapkan sebanyak RM300.00. |
| S: |
Bolehkah CLBG didaftarkan tanpa perkataan "Berhad" atau "Bhd"? |
| J: |
Tidak boleh. Nama CLBG hendaklah mengandungi perkataan “Berhad” atau “Bhd” sebagai sebahagian daripada namanya. Namun, mana-mana CLBG yang mahu mengecualikan perkataan tersebut daripada nama rasmi seteleh diperbadankan perlu memohon lesen khas di bawah Seksyen 45(3) Akta Syarikat 2016 menerusi portal CRS. Permohonan ini tertakluk kepada pematuhan syarat-syarat yang ditetapkan dengan kadar bayaran RM300.00. |
| S: |
Bolehkan CLBG menggunakan Malaysian Private Entities Reporting Standard (“MPERS”) untuk menyediakan penyata kewangannya? |
| J: |
Tidak. CLBG merupakan sebuah syarikat awam dan oleh itu dikehendaki menyediakan penyata kewangannya mengikut Malaysian Financial Reporting Standards (“MFRS”). |
| S: |
Adakah CLBG wajib wujudkan dan selenggara sistem kawalan dalaman? |
| J: |
Ya, satu sistem kawalan dalaman yang kukuh mesti diwujudkan di dalam organisasi. Seksyen 246 Akta Syarikat 2016 meletakkan tanggungjawab ini di bawah kawal selia Ahli Lembaga Pengarah bagi memastikan aset syarikat kekal terjamin, rekod akaun dikemas kini dengan betul, dan urusan pentadbiran berjalan lancar. |
| S: |
Adakah CLBG dikehendaki mendedahkan maklumat pemunyaan benefisial (beneficial ownership)? |
| J: |
Ya. Oleh kerana CLBG tidak mempunyai pemilikan saham, penentuan seseorang individu sebagai pemunya benefisial (beneficial owner) hendaklah dibuat berdasarkan Kriteria C, D dan E, yang memberi tumpuan kepada kawalan efektif muktamad, kuasa untuk melantik atau menyingkirkan pengarah, serta kawalan ke atas hak mengundi oleh seseorang anggota melalui suatu perjanjian. |

