Siapa yang Perlu Bayar Cukai Pendapatan Amerika Syarikat (AS)?
Secara asasnya, Lembaga Hasil Dalam Negari AS (IRS) menetapkan bahawa warganegara dan penduduk tetap perlu melapor semua pendapatan di seluruh dunia. Bagi warga asing pula, hanya pendapatan yang dijana di dalam AS sahaja yang perlu dilaporkan. Menurut IRS, bukan semua individu diwajibkan memfailkan penyata cukai pendapatan, contohnya mereka yang pendapatannya berada di bawah had potongan standard. Artikel ini membincangkan lebih lanjut berkaitan siapa yang perlu melakukan pemfailan penyata cukai pendapatan di AS.
-
Peraturan Am dan Potongan
Anda wajib hantar penyata cukai jika jumlah pendapatan kasar anda melepasi angka berikut:
(1) Bujang atau berkahwin fail asing: Pendapatan sebanyak atau melebihi $12,950. Boleh meningkatkan jumlah potongan sehingga $1,750 jika layak.
(2) Ketua Isi Rumah: Pendapatan sebanyak atau melebihi $19,400. Boleh meningkatkan jumlah potongan sehingga $1,750 jika layak.
(3) Berkahwin fail bersama dan pasangan kematian suami-isteri: Pendapatan sebanyak atau melebihi $25,900. Boleh meningkatkan jumlah potongan sehingga $1,400 jika layak.
Angka ini berubah setiap tahun mengikut inflasi. Ada juga rebat tambahan untuk warga emas berumur 65 tahun ke atas atau golongan kurang upaya penglihatan.
-
Pengecualian berikut juga memerlukan pemfailan penyata cukai
(1) Individu yang mempunyai pendapatan bersih $400 atau lebih daripada hasil kerja sendiri mesti memfailkan.
(2) Pembayar cukai yang telah berkahwin dan mempunyai tanggungan dengan pendapatan pasif (unearned income) melebihi $1,150.
(3) Individu yang mempunyai liabiliti pendapatan atau cukai di bawah Seksyen 965.
(4) Individu yang menerima wang daripada akaun simpanan perubatan sepanjang tahun.
Rujukan:
https://www.irs.gov/newsroom/who-needs-to-file-a-tax-return
https://www.irs.gov/individuals/check-if-you-need-to-file-a-tax-return
https://www.irs.gov/forms-pubs/about-form-1040
https://www.irs.gov/filing/taxable-income